Selasa, 26 Mei 2009

PENGENALAN ANIMASI 1

Definisi animasi :-
Simulasi pergerakan dengan gambar atau frame secara berkesinambungan

Animasi Terbahagi kepada 2 ciri iaitu :-
Limited Animation
Full Animation



Limited Animation
Limited animation merupakan animasi yang mempunyai pergerakan asas seperti berjalan.
Lukisan animasinya juga tidak banyak hanya 2 lukisan sesaat.
Contoh studio yang banyak menggunakan teknik animasi ini ialah “HANNA BARBARA”.
Contoh filem aniamasi ini ialah YOGI BEAR

Full Animation
Memerlukan lebih banyak lukisan dalam sesaat.
Pergerakan animasinya juga nampak smooth dan hidup.
Lukisan animasinya memerlukan sekurang-kurangnya 25 keping sesaat.
Contoh animasi yang menggunakan teknik ini ialah karya dari WALT DISNEY
Contoh filem animasi yang menggunakan teknik ini ialah MICKEY MOUSE

JENIS-JENIS ANIMASI
Animasi Tradisional juga dikenali sebagai cell animation.
Animasi Stop Motion (Stop_Motion Animation).
Animasi Komputer (Computer Graphics Animation).

Cell Animation
Teknik animasi yang pertama diperkenalkan.
Teknik ini menggunakan celluloid transparent yang seakan-akan transparansi OHP.
Beberapa keping lukisan akan dilukis atas celluloid ini dan menghasilkan page flipping.
Kini lukisan ini lebih dikenali sebagai animasi 2D dalam bentuk komputer.

Stop_Motion Animation
Animasi ini juga dikenali sebagai claymation kerana animasi ini menggunakan clay (tanah liat) sebagai objek yang di gerakkan.
Teknik ini pertama kali di perkenalkan oleh Stuart Blakton pada tahun 1906.
Teknik ini seringkali digunakan dalam menghasilkan visual effect bagi filem-filem era tahun 50an dan 60an. Contoh filem animasi ialah King Kong dan Jason and Argonauts.
Animasi ini agak sukar untuk dihasilkan dan memerlukan kos yang tinggi.


Siapakah Animator?
Individu yang bertanggungjawab menghasilkan sesuatu animasi.

Animator-animator yang terkenal:-
Walter Elias Disney
Takeshi Shudo
Hassan Mutalib


Tidak ada komentar: